Niaga hadapan kecil KLCI kekal tinggi

No Image Caption
A
A
A

KONTRAK niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kekal tinggi pada sesi dagangan tengah hari ini.

Pada waktu rehat, Jun 2021 dan Julai 2021 masing-masing meningkat 6.0 mata kepada 1,573.0 dan 1,573.5, September 2021 menambah 3.5 mata kepada 1,564.5, sementara Disember 2021 naik 4.0 mata kepada 1,560.0.

Jumlah dagangan berjumlah 2,859 lot, dengan kepentingan terbuka pada 36,392 kontrak.

FBM KLCI mengakhiri sesi pagi 2.45 mata lebih tinggi pada 1,574.69 daripada penutupan Isnin pada 1,572.24. -Bernama

Artikel Berkaitan: