Tiga elemen utama pengambilan guru baharu

Aspek kualiti, kemahiran dan minat calon-calon guru perlu diberi keutamaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyelesaikan isu kekurangan guru. Gambar kecil: Adnan
Aspek kualiti, kemahiran dan minat calon-calon guru perlu diberi keutamaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyelesaikan isu kekurangan guru. Gambar kecil: Adnan
A
A
A

SHAH ALAM - Aspek kualiti, kemahiran dan minat calon-calon guru perlu diberi keutamaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyelesaikan isu kekurangan guru.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, tiga elemen itu penting bagi menghadapi cabaran besar dunia perguruan ketika ini.

Menurutnya, Cuepacs tidak mahu pengambilan guru secara besar-besaran hanya mampu menyelesaikan isu kekurangan guru semata-mata tetapi tidak memberi impak yang diharapkan.

“Ketika ini ramai graduan daripada siswasah pendidikan masih tidak mendapat penempatan dan jika mereka layak, keutamaan seharusnya diberikan kepada mereka.

“Tempatkan mereka berdasarkan opsyen mata pelajaran masing-masing supaya kemahiran dan keupayaan mereka dapat dimaksimumkan secara berkesan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: KPM buka pengambilan khas 18,702 guru gred DG41

Pada Ahad, KPM bakal membuat pengambilan khas secara one-off melibatkan sejumlah 18,702 guru bagi gred DG41 yang turut dibuka kepada graduan bukan bidang pendidikan bagi mengatasi isu kekurangan guru di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Jidin, berkata langkah itu bertujuan menampung kekurangan guru di Sabah, Sarawak, Selangor dan Johor selain usaha mencapai perancangan di bawah Pelan Pemulihan Negara.

Mengulas lanjut Adnan berkata, pengambilan guru secara besar-besaran itu tidak sewajarnya diteruskan pada masa hadapan sebaliknya perlu dilakukan secara berperingkat mengikut kekosongan semasa.

Menurut beliau, CUEPACS juga berharap KPM dapat menyelesaikan masalah permohonan pertukaran guru terlebih dahulu terutama kepada pasangan jarak jauh, mempunyi ibu bapa yang uzur atau menghadapi masalah kesihatan yang serius.

Jelasnya, guru-guru muda yang bakal diambil kelak diharap menggunakan peluang sebaiknya dengan memberikan contoh terbaik kepada anak-anak didik dan masyarakat agar profesion perguruan dihormati.