X

Kindly register in order to view this article
!

PM Itali tidak setuju Final EURO 2020 diadakan di London

London merancang untuk menjadi tuan rumah final EURO 2020 pada 11 Julai.
A
A

ROM - Perlawanan akhir EURO 2020 tidak sepatutnya diadakan di London berikutan keadaan Covid-19 di United Kingdom, kata Perdana Menteri Itali, Mario Draghi.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Canselor Jerman, Angela Merkel di Berlin, Isnin, lapor Sputnik.

London merancang untuk menjadi tuan rumah final EURO 2020 pada 11 Julai.

"Ya, saya akan berusaha untuk memastikan agar final EURO 2020 tidak diadakan di negara itu berikutan kadar jangkitan yang tinggi," kata Draghi, menjawab pertanyaan mengenai kemungkinan perubahan gelanggang perlawanan dari London ke Rom.

Sejak penghujung Mei, UK telah menyaksikan lonjakan baharu kes Covid-19, setelah mencatatkan 10,633 kes baharu pada Isnin.

Pihak berkuasa merancang untuk membatalkan semua sekatan selepas 21 Jun. Namun, disebabkan penularan strain Delta Covid-19 yang tinggi, ia ditangguhkan hingga 19 Julai. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!