Bank Dunia biaya pelancaran vaksin Covid-19 di Ghana

Bank Dunia bersedia untuk membiayai bantuan tambahan pelancaran vaksin Covid-19 di Ghana.
Bank Dunia bersedia untuk membiayai bantuan tambahan pelancaran vaksin Covid-19 di Ghana.
A
A
A

ACCRA - Bank Dunia bersedia untuk membiayai bantuan tambahan pelancaran vaksin Covid-19 di Ghana, kata pengarah bank itu untuk negara Ghana, Pierre Laporte di sini pada Isnin, lapor Xinhua.

Dalam satu taklimat kepada pemberita mengenai tahap sokongan bank kepada negara Afrika Barat untuk melawan pandemik itu, Laporte menyatakan bank berkenaan telah meluluskan AS$130 juta untuk menyokong program vaksin.

Menurutnya, bank itu ingin memberikan vaksin kepada 13 juta rakyat Ghana, yang dapat membantu negara ini meningkatkan usaha memerangi pandemik dan merangsang pemulihan ekonominya.

Katanya, penyediaan bekalan vaksin kepada rakyat Ghana masih bergantung kepada kemampuan kerajaan untuk mendapatkan vaksin daripada sumber antarabangsa.

"Lebih cepat vaksin disediakan, lebih baik, tetapi itu bergantung sepenuhnya berapa cepat kerajaan boleh mendapatkan vaksin. Di pihak kami, dana telah pun tersedia," tambah beliau. - Bernama

Artikel Berkaitan: