Pemberian vaksin Covid-19 sudah melebihi 6 juta dos

Jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara ini setakat Isnin sudah melebihi enam juta dos.
Jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara ini setakat Isnin sudah melebihi enam juta dos.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara ini setakat Isnin sudah melebihi enam juta dos.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, setakat Isnin, seramai 4,384,441 telah menerima dos pertama manakala 1,666,757 individu sudah melengkapkan dos kedua, menjadikan keseluruhan pemberian kedua-dua dos berjumlah 6,051,198.

Menerusi perkongsian di Twitter, beliau memaklumkan, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 216,386 diikuti Sarawak (188,289), Johor (176,080), Perak (154,422) dan Kuala Lumpur (145,906).

Mengenai vaksinasi harian bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Dr Adham berkata, sebanyak 235,623 dos diberikan pada Isnin, tertinggi sejak ia dimulakan pada 24 Februari lepas.

Katanya, daripada jumlah tersebut,181,840 merupakan penerima suntikan dos pertama manakala 53,783 lagi dos kedua. - Bernama

Artikel Berkaitan: