Copa America: Argentina lakar kemenangan kedua

Pergerakan Messi dikawal ketat pemain-pemain Paraguay pada aksi Copa America di Stadium Nacional de Brasilia.
Pergerakan Messi dikawal ketat pemain-pemain Paraguay pada aksi Copa America di Stadium Nacional de Brasilia.
A
A
A

ARGENTINA meneruskan rentak kemenangan kedua saingan Copa America 2021 apabila mengatasi Paraguay dalam perlawanan kumpulan A di Stadium Nacional de Brasilia, pada Selasa.

Jaringan tunggal babak pertama Alejandro 'Papu' Gomez pada minit ke-10 sudah cukup memastikan La Albiceleste kekal di puncak kumpulan untuk sekaligus mengisi slot kalah mati.

Kapten La Albiceleste, Lionel Messi juga melakukan penampilan ke-147 pada perlawanan itu sekaligus menyamai penampilan legenda Argentina, Javier Mascherano sebelum ini.

Sementara itu, pengendali Argentina, Lionel Scaloni buat pertama kali menurunkan gandingan Angel Di Maria, Sergio Aguero dan Messi di bahagian depan.

Untuk rekod, ini kali pertama Aguero dan Di Maria ditampilkan dalam kesebelasan utama Argentina di Copa America 2021.

Artikel Berkaitan: