Lima pasukan lagi sah slot 16 pasukan terbaik

Pemain Denmark, Joakim Maehle (kanan), meraikan gol bersama rakan sepasukan ketika berdepan Russia pada aksi Kumpulan B, Euro 2020 di Copenhagen pada awal pagi Selasa.
Pemain Denmark, Joakim Maehle (kanan), meraikan gol bersama rakan sepasukan ketika berdepan Russia pada aksi Kumpulan B, Euro 2020 di Copenhagen pada awal pagi Selasa.
A
A
A

KEPUTUSAN beberapa perlawanan bagi saingan Euro 2020 pada awal pagi Selasa, menyaksikan beberapa pasukan seperti Perancis, England, Republik Czech kini boleh menarik nafas lega apabila mengesahkan slot ke 16 pasukan terbaik tanpa perlu menunggu aksi terakhir bagi saingan di peringkat kumpulan masing-masing.

Perkhabaran gembira itu turut dikongsi Switzerland yang menamatkan saingan Kumpuan A pada kedudukan ketiga dengan mengumpul empat mata daripada tiga perlawanan dan bakal mengiringi Itali serta Wales yang telah pun mengesahkan slot ke pusingan kalah mati berkenaan lebih awal.

Denmark pula mencipta kejutan bagi Kumpulan B apabila berjaya menamatkan saingan di peringkat kumpulan pada kedudukan kedua setelah menewaskan Russia 4-1 pada awal pagi Selasa.

Bagi saingan Kumpulan C, Austria mengiringi juara kumpulan, Belanda ke saingan kalah mati setelah menewaskan Ukraine 1-0 pada aksi ketiga peringkat kumpulan pada awal pagi Selasa.

Kejayaan Denmark dan Austria menyebabkan Findland yang menamatkan saingan pada kedudukan ketiga Kumpulan B dan Ukraine (ketiga Kumpulan,C) masing-masing mengumpul tiga mata setelah aksi terakhir saingan di peringkat kumpulan, terpaksa menunggu keputusan perlawanan-perlawanan lain untuk mengesahkan slot ke peringkat 16 pasukan terbaik.

Aksi terakhir peringkat Kumpulan D yang menemukan Republik Czech dan England Republik Czech dan England pula dilihat sebagai perlawanan pelengkap jadual berikutan kedua-dua pasukan berkenaan telah pun mengesahkan slot ke saingan kalah mati.

Begitu juga dengan aksi ketiga bagi Kumpulan E antara Sweden dan Poland yang menyaksikan Sweden selaku pendahulu, akan tetap layak ke pusingan kalah mati kelak walau apa juga keputusan diperolehi pada perlawanan berkenaan.

Dalam pada itu, skuad juara Piala Dunia yang juga pendahulu Kumpulan F, Perancis yang turut mengesahkan slot beraksi dalam kelompok 16 pasukan terbaik dijangka berdepan tentangan sengit daripada juara bertahan, Portugal yang pastinya mahukan kemenangan untuk mara kali ini.

Artikel Berkaitan: