11 ahli Geng 35 ditahan selepas sambut Hari Bapa

Video berdurasi 44 saat itu menunjukkan terdapat 15 orang berkumpul dalam rumah itu tanpa penjarakan sosial serta didapati melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 202.
Video berdurasi 44 saat itu menunjukkan terdapat 15 orang berkumpul dalam rumah itu tanpa penjarakan sosial serta didapati melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 202.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seramai 11 individu termasuk dua wanita dipercayai mempunyai kaitan dengan ahli kongsi gelap Geng 35 ditahan selepas hadir ke majlis sambutan sempena Hari Bapa di sebuah rumah di Sungai Kob, Kulim pada Ahad.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua mereka berusia dari 25 hingga 61 tahun itu, hadir ke majlis sambutan sempena Hari Bapa di rumah salah seorang suspek dan polis mengesan mereka susulan satu video yang tular di TikTok.

Video yang tular di TikTok.
Video yang tular di TikTok.

Menurut Kamarul Zaman, video berdurasi 44 saat itu memaparkan sejumlah 15 orang berkumpul dalam sebuah rumah dan seorang lelaki sedang memotong kek berbentuk 35 berwarna merah serta kuning.

"Pada 21 Jun 2021, jam lebih kurang 7 petang, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim mengesan satu video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok.

"Video berdurasi 44 saat tersebut menunjukkan seorang lelaki memotong kek berbentuk 35 dan terdapat 15 orang berkumpul dalam rumah itu tanpa penjarakan sosial serta didapati melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, polis percaya mereka terlibat dalam kegiatan geng kongsi gelap 35 dan polis merampas beberapa telefon bimbit serta cincin.

Siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan 10 (1) PPDPPB 2021.

Artikel Berkaitan: