Suhaimi Ibrahim presiden baharu Gagasan

Suhaimi Ibrahim
Suhaimi Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Suhaimi Ibrahim dilantik Presiden Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) berkuat kuasa hari ini bagi sesi 2019 sehingga 2021.

Beliau dipilih bagi menggantikan bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Persidangan Agung Tahunan Gagasan kali kesembilan di sini, hari ini.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din dilantik sebagai Timbalan Presiden Gagasan menggantikan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim.

Suhaimi berkata, beliau akan menekankan peranan Gagasan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pengukuhan sektor pendidikan untuk masa depan anak bangsa terutama Melayu dan Bumiputera.

"Gagasan akan beri komitmen yang tinggi dalam membantu kerajaan dan kementerian pendidikan mengenai perkara yang bermanfaat kepada anak bangsa," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: