Terima vaksin atau berdepan hukuman penjara: Duterte

Rodrigo Duterte - Foto AFP
Rodrigo Duterte - Foto AFP
A
A
A

MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 iaitu boleh dikenakan hukuman penjara.

Filipina kini merekodkan sebanyak 1.3 juta kes jangkitan dan lebih 23,000 kematian.

“Anda pilih, ambil vaksin atau saya akan penjarakan anda,” kata Duterte dalam siaran langsung di televisyen mengenai program vaksinasi yang perlahan di negara ini.

Beliau berkata demikian setelah melihat peratusan jumlah kehadiran penduduk yang menerima suntikan vaksin berkurangan di beberapa tempat vaksinasi di Bandar Manila.

Sementara itu, pegawai kesihatan Filipina menyatakan sebelum ini, pengambilan vaksin di negara ini adalah secara sukarela.

“Jangan salah faham, ini adalah krisis negara. Saya ‘terganggu’ dengan mereka yang tidak mengendahkan saranan kerajaan,” ujar Duterte lagi.

Sehingga 20 Jun, pihak berkuasa Filipina sudah memberi vaksin kepada 2.1 juta penduduk, namun sasaran itu masih jauh memandangkan jumlah populasi di negara ini adalah seramai 110 juta orang.

Filipina menyasarkan memberi vaksin lengkap kepada 70 juta penduduk dalam tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Duterte juga menegaskan tidak membenarkan sekolah dibuka selagi penularan Covid-19 terus meningkat di negara itu sebagai usaha berterusan mengekang wabak yang meragut lebih ribuan nyawa. - Reuters