98.4 tan makanan haiwan dari Korea dirampas

Maqis Selangor merampas 98,400 kg makanan gluten jagung dari Korea di Pelabuhan Klang, pada Ahad.
Maqis Selangor merampas 98,400 kg makanan gluten jagung dari Korea di Pelabuhan Klang, pada Ahad.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - [DIKEMAS KINI] Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 98,400 kilogram (kg) Corn Gluten Meal (makanan gluten jagung) dari Korea di Pelabuhan Klang Utara di sini pada Ahad.

Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hashim berkata, hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan oleh pegawai penguat kuasanya pada jam 12 tengah hari itu mendapati makanan sampingan haiwan itu gagal dikemukakan permit import Maqis yang sah.

"Seberat 98,400 kilogram Corn Gluten Meal yang dianggarkan RM291,364.14 kemudian dirampas.

"Dipercayai makanan sampingan untuk haiwan ini digunakan untuk industri ternakan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Maqis Selangor merampas 98,400 kg makanan gluten jagung dari Korea di Pelabuhan Klang, pada Ahad.
Maqis Selangor merampas 98,400 kg makanan gluten jagung dari Korea di Pelabuhan Klang, pada Ahad.

Beliau berkata, perbuatan mengimport apa juga jenis keluaran pertanian tanpa permit import yang sah daripada Jabatan Maqis adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama.

Tegasnya, jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan:

Tambah Zamri, pihaknya komited menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan akan terus diperkasakan lagi di semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara.