X

Kindly register in order to view this article
!

Pemandu maut tersepit treler terbabas

Anggota bomba keluarkan mayat mangsa tersepit di bawah treler yang terbabas di KM44.2 Lebuhraya Kuala Lumpur Karak pada Isnin.
A
A

BENTONG - Seorang pemandu treler membawa muatan kertas terpakai maut selepas kenderaan dipandu terbabas di Kilometer 44.2 Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak di sini pada petang Isnin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 3.40 perang itu, mangsa, G Gururaja, 53, tersepit di bawah treler dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan menghantar muatan dari Pelabuhan Klang menuju ke Temerloh.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, treler dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri dan termasuk ke dalam longkang menyebabkan bahagian muatan terbalik.

"Kemalangan meragut nyawa pemandu itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Zaiham berkata, orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!