Ramai sudah mula tawar hati

Ahmad Zahid (kiri) terlibat kes mahkamah berprofil tinggi berkenaan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram Yayasan Akal Budi bernilai jutaan ringgit. Gambar kecil: Ahmad Atory
Ahmad Zahid (kiri) terlibat kes mahkamah berprofil tinggi berkenaan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram Yayasan Akal Budi bernilai jutaan ringgit. Gambar kecil: Ahmad Atory
A
A
A

SHAH ALAM - Desakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar kerajaan memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari tidak akan dihormati banyak pihak.

Penganalisis politik veteran, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, banyak pandangan dan arahan Ahmad Zahid sudah tidak dipedulikan.

“Barangkali kerana dia dilihat tidak ada integriti. Semua orang tahu dan sudah menjadi rahsia umum bahawa beliau (Ahmad Zahid) turun naik mahkamah berpuluh kali.

“Usah kata bukan orang UMNO, orang UMNO juga memang tawar hati dengan presiden. Yang dikatakan muak ini orang macam kita yang menjadi pengundi,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata demikian mengulas pendirian tegas UMNO yang mendesak kerajaan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-raja Melayu supaya memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kenyataan dikeluarkan parti itu pada Isnin.

Ahmad Zahid mendakwa, kegagalan kerajaan melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong dianggap penderhakaan dan tidak menghormati Institusi Raja-raja Melayu.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong zahir pandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin

'UMNO beri kerajaan tempoh 14 hari buka Parlimen'

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Atory berkata, menteri daripada UMNO lebih mengikut arahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Ahmad Zahid.

Beliau turut yakin menteri daripada parti itu juga tidak akan bertindak keluar daripada kerajaan.

“Sepatutnya Ahmad Zahid desak perdana menteri. Tidak guna (desak) wakil (menteri) UMNO dalam kabinet kerana mereka tidak akan keluar (kerajaan) selagi Muhyiddin tidak mengarahkannya,” katanya.