X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

'Lekas daftar ambil vaksin Covid-19'

Azizulhasni
A
A

JAGUH berbasikal trek kebangsaan Mohd Azizulhasni Awang sekali lagi menggunakan pengaruhnya di media sosial untuk menyeru orang ramai agar segera mendaftar diri bagi mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Azizulhasni berkata, tindakan segera perlu diambil masyarakat kerana vaksin Covid-19 penting bukan sahaja untuk melindungi diri sendiri tetapi juga orang tersayang selain membantu negara membina imuniti berkelompok.

Beliau yang diberi julukan ‘The Pocket Rocketman’ itu juga turut berkongsi maklumat kepada orang ramai yang masih meragui status vaksin itu halal atau sebaliknya.

“Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah memutuskan yang pengambilan vaksin ini adalah harus.

“Begitu juga di peringkat antarabangsa, institusi terkemuka al-Azhar al-Sharif yang dipengerusikan Syeikh al-Azhar Syeikh Dr Ahmad al-Tayyib juga telah menfatwakan yang hukumnya juga adalah harus,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook, Twitter dan Instagramnya pada Isnin.

Azizulhasni memuat naik hantaran berkenaan selepas selesai menerima suntikan kedua vaksin Covid-19 di Arena Axiata, Bukit Jalil pada Isnin.

Beliau yang ketika ini sedang melakukan persiapan terakhir ke Sukan Olimpik Tokyo di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, sebelum ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada 26 Mei lepas di Melbourne, Australia, sewaktu menjalani latihan di sana.

Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu turut mengulangi gesaan agar orang ramai menolak teori konspirasi yang banyak berlegar dalam masyarakat ketika ini.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 di Brazil itu pernah berkongsi kebaikan pengambilan vaksin Covid-19, termasuk mengajak rakyat Malaysia menolak dakwaan teori konspirasi yang kononnya vaksin mengandungi cip mikro serta agenda membunuh manusia menerusi satu hantaran di media sosial pada 26 Mei lalu.

Azizulhasni dijadual turun beraksi dalam acara kegemarannya keirin dan pecut individu, manakala Muhammad Shah Firdaus bagi acara pecut di Sukan Olimpik Tokyo yang berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Setakat semalam, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 dalam hantaran di Twitter memaklumkan 5,815, 575 suntikan telah dilakukan melibatkan 4,202,601 bagi dos pertama dan 1,612, 974 lagi untuk dos kedua.

Selain Azizulhasni, seorang lagi pelumba basikal kebangsaan Muhammad Shah Firdaus Sahrom hari ini menerima suntikan dos pertama beliau di lokasi sama.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!