X

Kindly register in order to view this article
!

Ajal dihempap jengkaut hari pertama bekerja

Jengkaut yang dipandu Muhamad Sabirin dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik dan menghempap mangsa di Kampung Brisu di sini, pada petang Isnin. Gambar kecil: Muhamad Sabirin
A
A

ALOR GAJAH - Seorang pemandu jengkaut maut selepas dihempap jentera berat itu di Kampung Brisu, Masjid Tanah di sini pada Isnin.

Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, mangsa Muhamad Sabirin Umar, 29, sedang menjalankan kerja-kerja meratakan tanah di kampung itu untuk dijadikan kawasan pertanian sebelum jentera berat itu dipercayai hilang kawalan lalu terbalik dan menghempap mangsa.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, berdasarkan keterangan bapa saudaranya, semasa kejadian, mangsa baru hari pertama bekerja sebagai pemandu jengkaut selepas lama tidak bekerja akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati mangsa berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan tertiarap selain kepalanya tersepit pada bahagian bumbung kenderaan berat itu.

"Pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Alor Gajah yang tiba di lokasi kejadian menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira sejam kemudian.

"Bagaimanapun pasukan perubatan Klinik Kesihatan Simpang Ampat mengesahkan mangsa telah meninggal dunia kerana mengalami kecederaan teruk pada kepala," katanya ketika dihubungi.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!