Ronaldo terlaris di pasaran

Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo
A
A
A

BINTANG Portugal, Cristiano Ronaldo kini menjadi antara pemain terlaris dalam mempromosikan produk dan kempen apabila tonggak Juventus itu dibayar 147 juta pound (RM845 juta) sebagai duta Nike.

Pemain berusia 36 tahun tersebut telah bersama Nike sejak menyertai Manchester United sebelum ini, sering menjadi model untuk mempromosi kempen dan produk syarikat berkenaan.

Bekas pemain Real Madrid dan Sporting Lisbon itu difahamkan dibayar 18.3 juta pound (RM105 juta) pada 2016 dan 2017 termasuk bonus 3.6 juta pound (RM20 juta) selepas menjadi pemain terbaik dunia.

Ronaldo juga difahamkan merupakan atlet termahal dibayar Nike sebaris Neymar, LeBron James, Tiger Woods dan Rafael Nadal.

Untuk rekod, pesaing Nike adalah Adidas terutamanya dalam sukan bola sepak

Syarikat Jerman itu memiliki duta atlet sukan seperti Lionel Messi, Paul Pogba dan Dustin Johnson.

Artikel Berkaitan: