Srikandi Bahagian Johor Bahru tidak dibubarkan

Srikandi Bahagian Johor Bahru akan mencari pengganti dalam masa terdekat berikutan beberapa kepimpinan bahagian itu meletakkan jawatan. (Gambar kecil: Md Nasir)
Srikandi Bahagian Johor Bahru akan mencari pengganti dalam masa terdekat berikutan beberapa kepimpinan bahagian itu meletakkan jawatan. (Gambar kecil: Md Nasir)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Srikandi Bahagian Johor Bahru tidak akan dibubarkan susulan Pengerusi Tetap Srikandi Bahagian Johor Bahru, timbalan dan 10 ahli jawatankuasanya (AJK) meletak jawatan pada Ahad.

Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Ir Md Nasir Hashim berkata, pihaknya sudah berbincang dengan kepimpinan bahagian tersebut dan bersetuju pengganti akan dicari dalam masa terdekat.

"Kita sedang mencari penyelesaian di peringkat bahagian untuk menggantikan mereka yang meletak jawatan semalam (Ahad).

"Setakat ini Srikandi Bahagian Johor Bahru masih lagi bergerak," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Pengerusi Tetap Srikandi Bahagian Johor Bahru, Masazlina Bachok; Timbalannya, Khairunnisah Ali dan 10 AJK Srikandi bahagian itu mengumumkan meletak jawatan berkuat kuasa pada Ahad dengan alasan Ketua Srikandi bahagian itu, Datuk Azlinda Abdul Latif didakwa tiada ketelusan dalam kepimpinan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengerusi Tetap Srikandi Johor Bahru dan timbalan letak jawatan

Empat lagi AJK Srikandi Bahagian Johor Bahru letak jawatan

Pada 16 Mei lalu, bekas Pengerusi Srikandi Muda Negeri Johor, Nur Najihah Abdul Halim menolak jawatan baharunya dalam Biro Kesenian dan Kebudayaan Negeri Johor susulan penstrukturan semula Srikandi Muda Negeri Johor.

Artikel Berkaitan:

Pada 20 Mei pula, Nor Jazreeniza Mad Jaafar dan Nur Sofea Ariessa Azizul masing-masing mengumumkan peletakan jawatan mereka sebagai Ketua Penerangan Srikandi Muda Negeri Johor dan Bendahari Biro Srikandi Muda Johor.