X

Kindly register in order to view this article
!

Penubuhan jawatankuasa bukti kerajaan komited adakan sidang Parlimen: Pas

Kamaruzaman Mohamad
A
A

SHAH ALAM - Pembentukan Jawatankuasa bagi meneliti aspek penting sidang Parlimen membuktikan kerajaan komited melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar perkara itu dilaksanakan secepat mungkin.

Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad berkata, Pas yakin kerajaan akan memperhalusi semua aspek dengan teliti bagi memastikan pembukaan Parlimen dapat berjalan dengan berkesan.

Menurutnya, kerajaan mendukung prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang menjadi teras kedaulatan negara.

"Keupayaan dan kebersediaan dari segenap aspek perlu diusahakan sebaik mungkin agar selari dengan peruntukan peraturan-peraturan majlis mesyuarat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Pada Ahad, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebuah jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang telah dibentuk untuk meneliti aspek-aspek penting sebelum persidangan

Beliau memberikan komitmen bahawa keputusan pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang di dalam jawatankuasa berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jawatankuasa dibentuk teliti persidangan Parlimen: PM


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!