X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Kes positif di Indonesia lepasi angka dua juta

Gambar hiasan. - Foto Antara Pos
A
A

JAKARTA - Indonesia merekodkan 14,536 kes baharu Covid-19, jumlah harian tertinggi sejak kes pertama dikesan ada Mac 2020 menjadikan kes keseluruhan kini melepasi angka dua juta.

Menurut data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia pada Isnin, jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 2,004,445 kes.

Sebanyak 1,801,761 pesakit dikatakan sembuh, manakala sebanyak 294 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 54,956 orang.

Peningkatan kes baharu sejak minggu lepas itu dikaitkan dengan kegiatan balik kampung semasa sambutan Aidilfitri lepas, dan varian Delta yang lebih cepat menular.

Bermula Selasa, pemerintah Indonesia kembali meneruskan pelaksanaan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Berskala Mikro (PPKM) sehingga 5 Julai dengan mengetatkan lagi beberapa aktiviti sosioekonomi.

Antaranya, pusat membeli belah dan restoran hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 8 malam, manakala beberapa jalan utama di Jakarta akan ditutup kepada lalu lintas bermula 9 malam hingga 4 pagi. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!