X

Kindly register in order to view this article
!

Scotland kehilangan khidmat Gilmour

Gilmour (kiri) cuba mengekang kemaraan peledak Raheem Sterling semasa aksi kumpulan D Euro 2020 di Stadium Wembley pada 18 Jun. FOTO: AFP
A
A

SCOTLAND menerima tamparan hebat dalam pemburuan slot 16 terbaik menjelang aksi terakhir kumpulan D Euro 2020 menentang Croatia selepas pemain tengah, Billy Gilmour disahkan positif Covid-19.

Khidmat pemain tengah Chelsea berusia 20 tahun itu yang tampil menjadi pemain terbaik perlawanan ketika menentang England pada aksi di Stadium Wembley sebelum ini tidak akan diturunkan dalam perlawanan di Stadium Hampden Park tersebut.

"Scotland FA mengesahkan bahawa pemain skuad Scotland, Billy Gilmour didapati positif Covid-19.

"Hasil perbincangan dengan pihak Kesihatan Awam England, Gilmour kini menjalani kuarantin selama 10 hari sekaligus menyebabkannya akan terlepas aksi kumpulan D Euro 2020 menentang Croatia di Hampden,' kata Persatuan Bola Sepak Scotland dalam satu kenyataan.

Pada masa sama Scotland FA memaklumkan juga tiada dalam kalangan pemain The Tartan Army lain yang dikehendaki menjalani kuarantin selepas menjadi kontak rapat kepada Gilmour semasa sesi latihan di Middlesbrough.

Seorang lagi pemain tengah Scotland, John Fleck sebelum ini diarah menjalani kuarantin selama 10 hari selepas disahkan positif semasa menjalani sesi latihan pusat di Sepanyol.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!