X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga kluster baharu Covid-19 di kawasan tengah dan utara Sarawak

A
A

KUCHING - Tiga kluster baharu Covid-19 pada Isnin dicatatkan di Sarawak, masing-masing di daerah Miri, Telang Usan dan Tatau menjadikan jumlah kluster masih aktif di negeri ini kini berjumlah 98 kluster.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan berkata, Kluster Quadruplex Lapan Enam melibatkan beberapa unit flat di kawasan perumahan Permyjaya di Miri yang menyaksikan 20 individu didapati positif, sementara tujuh kes masih menunggu keputusan makmal.

Kluster Kevok di Telang Usan pula melibatkan 58 kes positif di Kampung Long Kevok yang merupakan penempatan yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), manakala 208 kes sedang menjalani ujian makmal.

Sebanyak 22 kes positif turut dikesan di sebuah kuarters pekerja di Tatau yang turut diletakkan di bawah PKPD yang diisytiharkan sebagai Kluster Jalan Baru Tatau-Bintulu pada Isnin, dengan 44 kes masih menunggu ujian makmal.

Sarawak turut merekodkan 682 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 60,482 dengan dua kematian baharu dicatatkan dan sehingga kini angka korban Covid-19 di negeri ini meningkat kepada 382 orang. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!