MOTAC laksana beberapa inisiatif bantu industri pelancongan

MOTAC melaksanakan beberapa inisiatif bagi membantu meringankan beban yang dihadapi penggiat industri pelancongan. - Foto Bernama
MOTAC melaksanakan beberapa inisiatif bagi membantu meringankan beban yang dihadapi penggiat industri pelancongan. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melaksanakan beberapa inisiatif bagi membantu meringankan beban yang dihadapi penggiat industri pelancongan yang berdepan cabaran besar secara berterusan susulan impak pandemik Covid-19.

MOTAC dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, kementerian itu melanjutkan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang memohon pembaharuan lesen bermula 1 Julai hingga 31 Disember ini.

Selain itu, MOTAC juga melaksanakan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang belum mendapat kelulusan pembaharuan lesen disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada masa sama, MOTAC memaklumkan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang telah mendapat keputusan pembaharuan lesen, namun tidak dapat membuat bayaran fi lesen disebabkan PKP turut dilaksanakan.

"Justeru dengan pelaksanaan pelanjutan inisiatif ini, MOTAC berharap pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang layak mengambil peluang untuk membuat permohonan pembaharuan lesen dalam tempoh yang ditetapkan mengikut tarikh tamat lesen masing-masing bagi memastikan pengecualian ini dapat dinikmati," menurut kenyataan tersebut.

MOTAC juga menyeru semua pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang terlibat untuk membuat pembaharuan lesen dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan pematuhan kepada perundangan sedia ada. - Bernama

Artikel Berkaitan: