X

Kindly register in order to view this article
!

PKPD di beberapa kawasan di empat negeri bermula Rabu

A
A

SHAH ALAM - Sebanyak lapan kawasan di Sarawak, Sabah, Melaka dan Perak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Rabu ini sehingga 6 Julai depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Ejuk, Kota Belud; Kampung Warisan, Kota Kinabalu serta Blok 11 Kampung Titingan dan Batu 7, Jalan Tinagat di Tawau.

“Turut dikenakan PKPD ialah di dua lokaliti di bahagian Mukah, Sarawak iaitu Rumah Panjang Gabriel Bujang anak Ikau, Sungai Lepah, Tanjung Manis dan Kuarters Pekerja Balingian Power Generation, Jalan Sibu-Mukah,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ismail Sabri berkata, PKPD juga dilaksanakan di Penjara Sungai Udang kecuali kuarters penjara di Melaka Tengah, Melaka dan Kilang Sawit Cahaya Muda, Batang Padang, Perak.

Hasil daripada saringan, katanya, sebanyak 157 kes dilapor positif Covid-19 di Penjara Sungai Udang, manakala 97 positif Kilang Sawit Cahaya Muda.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, pelaksanaan PKPD di beberapa kawasan Sabah dan Perak tamat pada Selasa.

“Penamatan PKPD di Sabah membabitkan Kampung Narandang, Kudat; Ladang FGV Kalabakan Selatan, Kalabakan; Kampung Simpangan, Tuaran, Sabah serta lokaliti di Tawau, Sabah melibatkan Taman Apas Permai, Bandar Sri Indah, Taman Megah Jaya.

“Bagi lokaliti di Perak pula melibatkan Politeknik Sultan Azlan Shah, Muallim serta Felda Trolak Utara, Sungkai, Perak,” jelas beliau.

Selain itu, katanya, PKPD di lokaliti Tuaran, Sabah membabitkan Kampung Bolong Baru dijadualkan tamat pada Isnin, manakala Kampung Simpangan pada 30 Jun ini.

Tambah beliau, kawasan Felda Tembangau 1 & 3, Bera, Pahang pula dijadualkan tamat pada Khamis ini.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!