Lapan termasuk dua pelajar perempuan terlibat parti liar dadah ditahan

Antara individu yang disyaki terbabit dalam aktiviti parti liar di sebuah unit kondominium di Seksyen 7 di sini pada Isnin.
Antara individu yang disyaki terbabit dalam aktiviti parti liar di sebuah unit kondominium di Seksyen 7 di sini pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai lapan individu termasuk dua pelajar perempuan Tingkatan Tiga ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti parti liar di sebuah unit kondominium di Seksyen 7 di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, serbuan dilakukan pada jam 1 pagi hasil maklumat dan aduan orang awam yang memaklumkan terdapat satu unit rumah mengadakan aktiviti berkumpul.

"Hasil pemeriksaan kita menahan lima lelaki dan tiga perempuan berusia 15 hingga 23 tahun. Dua perempuan itu merupakan pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Klang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Baharudin berkata, kesemua individu itu telah dikompaun sebanyak RM4,000 setiap seorang kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.

"Hasil ujian air kencing mendapati tujuh daripada mereka positif dadah amphetamine, methamphetamine dan benzo," katanya.

"Kesemua tujuh suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: