Siapa PM selepas Muhyiddin?

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Satu kaji selidik sedang dijalankan secara dalam talian bagi melihat calon Perdana Menteri pilihan netizen selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kaji selidik bertajuk ‘Siapa PM Selepas TS Muhyiddin Yassin?’ yang dijalankan oleh Profesor Adjung dan Pengarah Inovasi Sosial dan Perubahan (SLAS) Taylor's University, Anas Zubedy mempunyai tiga fasa.

Fasa satu bagaimanapun sudah berakhir dengan undian sebanyak 2,253 responden.

Kaji selidik yang dilaksanakan oleh beliau secara individu dijalankan menerusi platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan senarai kenalan dalam telefon membabitkan kira-kira 6,000 orang.

Berdasarkan butiran maklumat yang diperoleh daripada borang kajian bagi fasa satu, lima calon teratas ialah Anthony Loke, Gobind Singh Deo, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menariknya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut tercalon apabila berada pada kedudukan kesepuluh teratas dengan usianya yang baru mencecah 29 tahun.

Sementara itu, Rafizi Ramli yang tidak termasuk dalam undian fasa satu kaji selidik tersebut telah menerima permintaan luar biasa melalui media sosial apabila netizen turut mahukan beliau tercalon sebagai Perdana Menteri seterusnya.

Ketika ini fasa kedua kaji selidik sedang dijalankan dan bakal berakhir pada jam 12 tengah hari Jumaat ini.

Artikel Berkaitan:

Dalam kaji selidik seterusnya dan terakhir iaitu fasa tiga, calon terbaik dari fasa dua akan bersaing dengan pemimpin-pemimpin 'tahap pertama' seperti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak, serta Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk penyokong yang mahu beliau kekal pada penggal seterusnya.

Orang ramai boleh melengkapkan kaji selidik berkenaan sebelum jam 12 tengah hari Jumaat ini menerusi https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSezBBRCIV7pL72pvg2LVmmGh1gEVhpFPG58ddPlcxcvFEGXng/viewform