Hina Sultan Johor: Polis lengkap siasatan kes ibu Neelofa

Noor Kartini sebelum ini membuat laporan polis berhubung satu paparan di akaun Instagram miliknya yang didakwa mengkritik Sultan Ibrahim.
Noor Kartini sebelum ini membuat laporan polis berhubung satu paparan di akaun Instagram miliknya yang didakwa mengkritik Sultan Ibrahim.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Selangor kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung kes ibu seorang selebriti popular selebriti popular, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed berhubung dakwaan mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi akaun Instagram miliknya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya baru sahaja menerima laporan teknikal daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kes itu.

“Kita baru terima laporan daripada SKMM, jadi kita akan lengkapkan siasatan dan (akan) dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Media sebelum ini melaporkan kesemua tujuh saksi berhubung kes itu telah selesai diambil keterangan.

Siasatan dijalankan selepas ibu selebriti itu yang berumur 54 tahun membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada jam 5.44 petang, 30 Mei lepas.

Kes itu juga sebelum ini disiasat oleh polis Kuala Lumpur, namun kemudian diserahkan kepada polis Selangor selepas mendapati insiden berkenaan berlaku di Selangor. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN Polis tunggu laporan teknikal kes ibu Neelofa

Artikel Berkaitan: