Hishammuddin mohon Mesir suntik vaksin Covid-19 kepada penuntut Malaysia

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, rakan sejawatannya, Sameh Hassan Shoukry secara positif menerima permintaannya untuk memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada kira-kira 8,000 penuntut Malaysia di Mesir.

Dalam ucapannya pada sidang akhbar bersama dengan Shoukry di Kaherah pada Ahad, Hishammuddin berkata, pada dasarnya Mesir memang sudah memutuskan untuk menyuntik semua warga asing termasuk rakyat Malaysia di negara itu.

"Saya turut memaklumkan Shoukry bahawa Malaysia juga mengambil pendekatan sama dengan menawarkan suntikan kepada warga Mesir di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Isnin.

Hishammuddin kini dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Mesir bermula Ahad, kunjungan pertama beliau ke negara itu sejak dilantik Menteri Luar pada Mac 2020. - Bernama

Artikel Berkaitan: