Pekerja kilang getah positif Covid-19

Antara gambar tular di Facebook mengenai kilang getah di Baling yang dikatakan ada pekerja positif Covid-19.
Antara gambar tular di Facebook mengenai kilang getah di Baling yang dikatakan ada pekerja positif Covid-19.
A
A
A

ALOR SETAR - Tiga pekerja di sebuah kilang getah di Baling termasuk seorang pekerja tempatan dikenal pasti positif Covid-19 melalui ujian awal RTK Antigen yang dilakukan majikan mereka pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, susulan itu polis menasihatkan pihak pengurusan kilang menghentikan operasi buat sementara waktu dan satu perbincangan akan dilakukan antara Majlis Daerah Baling dan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Baling mengenai status penutupan kilang berkenaan.

Beliau memberitahu, polis juga telah melakukan tinjauan di kediaman pekerja warga asing dan memberi amaran supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak keluar rumah bagi mereka yang dikenalpasti sebagai kontak rapat.

"PKD sedang menjalankan siasatan berhubung perkara ini dan ujian PCR telah dilaksanakan ke atas ketiga-tiga pekerja terbabit bagi menentukan kesahihan jangkitan," katanya menerusi suatu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau memberitahu, pengurusan kilang juga telah mengambil inisiatif dengan menempatkan ketiga- tiga pekerja ini di rumah berasingan dari pekerja lain sementara menunggu pengesahan ujian Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Shamsudin berkata, sebelum itu pada 18 Jun lalu pihak majikan telah melakukan ujian swab kepada 16 pekerjanya yang merupakan kontak rapat kepada seorang pekerja warga Bangladesh yang dikesan positif Covid-19 melalui ujian RTK Antigen.

Antara gambar yang tular di Facebook mengenai kilang terbabit
Antara gambar yang tular di Facebook mengenai kilang terbabit

"Ujian berkenaan melibatkan tiga buah rumah penempatan dan keputusannya dua pekerja didapati positif Covid-19 iaitu seorang pekerja tempatan dan seorang pekerja warga asing.

Artikel Berkaitan:

"Keesokannya, majikan berkenaan telah mengambil tindakan segera dengan mengadakan ujian 'swab' terhadap kira-kira 200 orang pekerjanya di sebuah klinik swasta di Kuala Ketil.

Tambah Shamsudin, kilang terbabit telah beroperasi kira-kira 24 tahun dan ini merupakan kali pertama pekerja kilang tersebut disahkan bergejala Covid-19.

"Syarikat ini beroperasi di sektor pembuatan produk getah dengan 265 pekerja iaitu 171 pekerja tempatan dan selebihnya warga asing," katanya.

Sejak Ahad, tular di Facebook berkenaan kilang berkenaan yang dikatakan masih beroperasi walaupun terdapat pekerja yang positif.