COVAX belum beri tarikh penghantaran vaksin Johnson & Johnson

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] COVAX belum memberikan tarikh penghantaran vaksin Johnson & Johnson kepada Malaysia, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) perlu meningkatkan peranan dengan memastikan diskriminasi vaksin tidak berlaku kerana ada beberapa negara Eropah hanya membenarkan vaksin jenama Pfizer dan AstraZeneca sahaja.

“China juga akan terima vaksin daripada China sahaja iaitu Sinovac dan Sinopharm. Dunia perlu bersama, jika vaksin sudah diterima WHO, kita juga kena terima.

“Jika tidak, akan ada negara yang diskriminasi dengan vaksin yang diberi. Ini bukan caranya untuk kita keluar daripada pandemik ini,” katanya.

Pada 28 Februari lalu, Khairy memaklumkan bahawa negara akan dapat menggunakan vaksin keluaran syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Johnson & Johnson.

Bagaimanapun, berkata, syarikat pengeluar vaksin itu hanya mampu memberikan bekalan vaksinnya dalam jumlah yang sedikit.

Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana beliau difahamkan bahawa sebahagian besar daripada bekalan vaksin tersebut sudah pun ditempah oleh negara maju lain.

Artikel Berkaitan: