X

Kindly register in order to view this article
!

Ujian klinikal vaksin Covid-19 tempatan dalam tempoh beberapa bulan

Khairy (kanan) bersama Dr Adham pada sidang akhbar - Foto fail Bernama
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Ujian klinikal vaksin Covid-19 yang dibangunkan penyelidik tempatan terhadap manusia dijangka akan dilaksana dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, status projek pembangunan vaksin yang dijalankan oleh Institut Kajian Perubatan (IMR) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) itu adalah di peringkat pengklonan yang merangkumi virus asal dan SARS-CoV-2.

"Ujian pra klinikal terhadap haiwan kecil dan besar dan ujian klinikal kepada manusia fasa satu hingga tiga perlu dilakukan sebelum proses pendaftaran dan penilaian dibuat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)," katanya.

Menurut beliau, pembangunan vaksin dengan menggunakan vaksin mRNA (messenger asid ribonukleik) itu dimulakan sejak November tahun lalu dengan dibiayai oleh KKM, Institut Kesihatan Negara (NIH) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

"Penjujukan genetik bagi virus telah dibangunkan dan dicipta bagi menghasilkan imuniti terhadap virus Covid-19," katanya dalam sidang akhbar mingguan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bersama Menteri MOSTi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Sebelum ini, Dr Adham mengumumkan Malaysia membangunkan vaksin Covid-19 bagi meningkatkan kapasiti vaksinasi.

Ia selain mempersiapkan mempersiapkan negara untuk menghadapi wabak pada masa depan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!