Masjid, surau di Kuala Lumpur dibenar laksana ibadah korban

Had kapasiti sembelihan korban adalah tidak melebihi lima ekor sehari dan bilangan kehadiran termasuk petugas tidak melebihi 12 orang. - Gambar hiasan
Had kapasiti sembelihan korban adalah tidak melebihi lima ekor sehari dan bilangan kehadiran termasuk petugas tidak melebihi 12 orang. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberi kebenaran kepada setiap masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk melaksanakan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Bagaimanapun, proses penyembelihan haiwan, melapah dan pembungkusan daging korban hanya dibenarkan di rumah sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan rumah penyembelihan ruminan swasta yang dilesenkan mengikut penyelarasan JAWI menerusi Pejabat Pentadbiran Zon.

Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, pengagihan daging korban juga perlu dibuat secara terus kepada peserta, fakir miskin, petugas barisan hadapan dan golongan sasar.

"Selain itu, pelaksanaan ibadah korban di kawasan lapang selain masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut dibenarkan dengan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT), JAWI dan Pejabat Kesihatan Daerah.

"Had kapasiti sembelihan korban adalah tidak melebihi lima ekor sehari dan bilangan kehadiran termasuk petugas tidak melebihi 12 orang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Mohd Ajib, semua kebenaran itu adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan demi memastikan ibadah korban dapat dihayati oleh semua pihak.

Artikel Berkaitan: