X

Kindly register in order to view this article
!

Pekebun didakwa cabul, rogol anak tiri

Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Pasir Mas atas tuduhan mencabul dan merogol anak tiri dalam lima kejadian berasingan di sebuah rumah dekat Tanah Merah, sejak 2018.
A
A

PASIR MAS - Seorang pekebun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini atas tuduhan mencabul dan merogol anak tirinya di sebuah rumah dekat Tanah Merah, sejak 2018.

Tertuduh yang berusia 58 tahun itu mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Badrul Munir Mohd Hamdy, pada Isnin.

Berdasarkan pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa memegang payu dara dan punggung anak tirinya yang berusia 12 tahun tujuh bulan pada jam 11 malam, Disember 2018 di sebuah rumah di Kampung Bechah, Tanah Merah.

Bagi pertuduhan kedua hingga kelima, tertuduh didakwa merogol mangsa di lokasi yang sama masing-masing pada Januari hingga April 2019; Februari 2020; April 2021 dan 12 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Itah Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada ikat jamin diberikan terhadap tertuduh dan mahkamah menetapkan sebutan kes pada 18 Julai depan untuk serahan dokumen serta lantikan peguam.