Rahm muncul juara Terbuka AS

Jon Rahm
Jon Rahm
A
A
A

PEMAIN Sepanyol, Jon Rahm mengenepikan cabaran wakil Afrika Selatan Louis Oosthuizen untuk merangkul kejuaraan golf Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Rahm membenam birdie dari jarak tujuh meter di lubang ke-17 dan lima meter di lubang ke-18 bagi menamatkan saingan empat di bawah par 67 pada pusingan terakhir bagi merekodkan keseluruhan enam di bawah 278.

Ia sekali gus menjadi gelaran pertama utama buatnya dan lebih manis apabila menewaskan Oosthuizen yang juga juara Terbuka Britain itu.

"Saya menghadapi kesukaran untuk menjelaskan apa yang berlaku kerana saya sendiri tidak percaya saya mampu melakukan pada dua pukulan terakhir," katanya.

Rahm menjadi pemain Sepanyol pertama menjuarai Terbuka AS dan keempat merangkul gelaran utama selepas Sergio Garcia, Jose Maria Olazabal dan mendiang, Seve Ballesteros.

"Kemenangan ini pastinya untuk Seve. Saya tahu dia sangat mahu memenangi kejuaraan ini," katanya,

Artikel Berkaitan: