X

Kindly register in order to view this article
!

1,612,974 individu lengkap dua dos vaksin Covid-19

Dr Adham
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 1,612,974 individu di negara ini telah lengkap dua dos vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat Ahad, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Berdasarkan perkongsian data di akaun Twitternya, seramai 4,202,601 individu atau 12.9 peratus populasi di negara ini telah menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 5,815,575 dos.

Lima negeri yang mencatat penerima kedua-dua dos paling tinggi ialah Selangor dengan 208,031, Sarawak (186,008), Johor (167,469), Perak (150,000) dan Kuala Lumpur (141,094).

Dr Adham berkata, jumlah pemberian vaksin harian di negara ini pada Ahad ialah 140,573 dos, melibatkan 116,514 penerima dos pertama dan 24,059 dos kedua.

Sementara itu, berdasarkan laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin dalam laman sesawang www.vaksincovid.gov.my sebanyak 15,426,982 pendaftaran direkodkan setakat Ahad. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!