Copa America: Venezuela, Ecuador gagal akhiri kemarau kemenangan

Antara aksi menarik pertemuan Venezuela menentang Ecuador dalam saingan Copa America pada Isnin.
Antara aksi menarik pertemuan Venezuela menentang Ecuador dalam saingan Copa America pada Isnin.
A
A
A

VENEZUELA dan Ecuador masih gagal mencipta kemenangan pada saingan Copa America 2021 setelah kedua-dua pasukan melakar keputusan seri 2-2 pada aksi hari Isnin.

Pada aksi di Stadium Nilton Santos, Rio de Janeiro itu, skuad kendalian Gustavo Alfaro terlebih dulu di depan hasil jaringan minit ke-39, Ayrton Preciado untuk membolehkan Ecuador mendahului babak pertama.

Bersambung babak kedua, anak buah Jose Peseiro yang mendapat motivasi kembali menyamakan kedudukan hasil jaringan Edson Castillo pada minit ke-51.

Namun Ecuador yang tidak berputus asa kembali di depan hasil jaringan Gonzalo Plata pada minit ke-71.

Biarpun begitu kedudukan itu tidak kekal lama apabila Ronald Hernandez meledak gol penyamaan pada minit 91', untuk memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.

Artikel Berkaitan: