X

Kindly register in order to view this article
!

Pelan Pemulihan Negara bukan dibuat mengejut, 'turun dari langit'

Senator Ir Khairil Nizam Khirudin
A
A

SHAH ALAM - Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu lalu terhasil daripada maklumat pakar berkaitan dan bukan diputuskan oleh kabinet semata-mata.

Ketua Pemuda Pas, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, pelan tersebut tidak dibentuk secara mengejut atau ‘turun dari langit’, sebaliknya melalui kajian dan disusun secara komprehensif membabitkan empat fasa.

Menurutnya, jika pelan itu tidak ‘masak’, ia akan dilihat gagal pada fasa pertama.

“Bila keluar satu pelan, kita terus menghukum sedangkan kita tidak tengok lagi prestasi pelan tersebut. Kalau pelan ini tidak disusun dengan rapi atau komprehensif, usah kata fasa kedua tapi fasa pertama dah gagal.

“Pelan ini datangnya dari pakar sama ada Kementerian Kesihatan dan kakitangan kerajaan. Mereka ini yang memberi maklumat dan menyusun dan kemudiannya dari kebijaksanaan kabinet, mereka menentukan keputusan tersebut.

“Ia tidak datang secara tiba-tiba, ia datang dengan kajian bukan keputusan mudah yang keluar daripada menteri sahaja. Kita mesti melaksanakan seperti mana turutan pakar. Kalau tak, kita akan gagal,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa program Politic Corner: Kupas Sampai Panas bertajuk Pelan Pemulihan Negara: Jalan Keluar Untuk Rakyat yang dikendalikan secara dalam talian oleh Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat, Nazir Helmi pada Ahad.

Ketika ditanya kerajaan perlu memastikan pelan tersebut berjaya supaya apa yang digariskan oleh pakar itu menjadi rujukan utama kepada rakyat, Khairil Nizam berkata, kerajaan wajib berbuat demikian.

“Wajib, ia perlu berjaya. Kalau tidak berjaya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan dihukum oleh rakyat. Semudah itu.

“Kita sangat serius dalam perkara ini, kita tidak boleh main-main. Kalau kita gagal, nyawa rakyat menjadi taruhan.

“Kita masih lagi di atas landasan, kita baharu sahaja melancarkan pelan itu. Kalau kita kita hendak melihat pelan ini berjaya, ia perlu bertindak secara berpasukan, bukan sekadar ahli politik, jemaah kabinet atau kerajaan sahaja tetapi perlu melibatkan rakyat,” jelasnya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!