Marquez tawan MotoGP Jerman

Marquez menjuarai GP Jerman di Sachsenring pada Ahad. -Foto EPA
Marquez menjuarai GP Jerman di Sachsenring pada Ahad. -Foto EPA
A
A
A

JUARA dunia enam kali MotoGP, Marc Marquez membuktikan tunggangannya masih sempurna apabila menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) Jerman di Sachsenring pada Ahad.

Selepas bergelut selama 18 bulan susulan kemalangan yang dialami pada perlumbaan pembuka tirai musim lalu, Marquez kembali tampil bertenaga apabila muncul juara pada perlumbaan dalam keadaan hujan itu.

Lebih manis, Marquez berjaya mengatasi pelumba meningkat naik, Miguel Oliveira dan pendahulu keseluruhan, Fabio Quartararo yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

Biarpun bermula daripada barisan kedua, Marquez berjaya memecut sejurus permulaan dan bersaing untuk kedudukan pendahulu dengan Aleix Espargaro ketika hujan mulai turun.

"Sudah tentu saya tidak menjangkakan kemenangan. Namun, apabila saya melihat beberapa pelumba mula perlahan pada pusingan keempat dan kelima, saya terus berkata dalam diri sendiri 'ini perlumbaan saya'.

"Jadi selepas melihat lebih ramai pelumba memperlahankan tunggangan mereka, saya terus ke depan dan mengambil risiko sehingga akhir perlumbaan," kata Marquez.

Selepas lapan pusingan perlumbaan, Quartararo masih unggul di tangga teratas apabila mengumpul 131 mata diikuti Johann Zarco 109 mata dan Jack Miller (100 mata).

Marquez yang gagal menamatkan saingan dalam tiga perlumbaan sebelum ini pula berada di tangga ke-10 dengan merekodkan 41 mata.

Artikel Berkaitan: