X

Kindly register in order to view this article
!

Kilang proses sarung tangan dikompaun, diarah tutup

PDRM
A
A

IPOH - Sebuah kilang memproses sarung tangan getah di Kamunting Raya Industrial di Taiping diarahkan tutup serta-merta dan dikompaun RM25,000 kerana dikesan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, tindakan diambil menerusi operasi yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, dibantu Unit Penguatkuasa Pejabat Kesihatan Daerah Taiping ke atas premis itu pukul 10 pagi Ahad.

"Pemeriksaan mendapati premis tersebut beroperasi dengan kapasiti kehadiran pekerja melebihi 60 peratus dan telah melanggar SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dalam kawasan PKP 3.0.

"Pemeriksaan juga mendapati pemilik premis mengemukakan maklumat tidak tepat mengenai kontak rapat dan maklumat lokasi jangkitan sebenar kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Taiping," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Osman berkata, premis berkenaan diarahkan ditutup bermula Ahad hingga 27 Jun dan tindakan diambil mengikut Seksyen 18(1)(f) Akta 342 dan Seksyen 22(b) Akta 342. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!