Polis perjelas isu penghantar makanan dikompaun

Video tular di aplikasi Twitter oleh seorang individu mendakwa adik lelakinya yang merupakan penghantar makanan dikompaun ketika berada di parkir motosikal.
Video tular di aplikasi Twitter oleh seorang individu mendakwa adik lelakinya yang merupakan penghantar makanan dikompaun ketika berada di parkir motosikal.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menjalankan siasatan berhubung video tular di media sosial mendakwa seorang penghantar makanan dikompaun ketika berada di parkir motosikal sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wangsa Maju di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, semakan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam Sabtu ketika pasukan pematuhan Ops Covid-19 terdiri daripada anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) membuat pemantauan di lokasi berkenaan.

"Pasukan pematuhan mendapati dua remaja sedang melepak di atas motosikal tanpa menghiraukan kehadiran pasukan itu yang sedang membuat pemantauan di kawasan tersebut.

"Sewaktu disoal oleh pegawai pasukan pematuhan, mereka memberikan alasan hanya duduk dan makan roti di kawasan parkir tersebut," katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, pasukan pematuhan telah mengeluarkan saman kompaun di bawah Peraturan 17, Akta 342 di atas kesalahan lain-lain aktiviti yang tidak dibenarkan iaitu berkumpul.

Pada Ahad, tular satu video menerusi Twitter oleh seorang individu mendakwa adik lelakinya yang baru pulang dari kerja sebagai penghantaran makanan dikompaun sewaktu berada di parkir motosikal.

Artikel Berkaitan: