Siasatan lengkap, pemandu lori cuai dibebaskan dengan jaminan polis

Keadaan kenderaan mangsa yang terperosok bawah lori dalam nahas di Jelapang pada Sabtu. - Foto JBPM Perak
Keadaan kenderaan mangsa yang terperosok bawah lori dalam nahas di Jelapang pada Sabtu. - Foto JBPM Perak
A
A
A

IPOH - Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kemalangan ngeri yang menyebabkan seorang pemandu wanita maut di Jalan Chemor-Jelapang, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, sehubungan itu, pemandu lori yang terbabit dalam nahas itu telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad.

Polis telah selesai mengambil keterangan lelaki berusia 44 tahun itu dan kertas siasatan sudah dilengkapkan, katanya ketika dihubungipada Ahad.

Dalam kemalangan kira-kira jam 10.30 pagi berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Jelapang itu, Noor Aishah Mohd Tahir, 26, yang berseorangan, maut di tempat kejadian selepas kereta dipandunya dirempuh sebelum terperosok di bawah lori yang terbabas dan masuk ke laluan bertentangan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita maut kereta terperosok bawah lori

Artikel Berkaitan: