Ditahan ketika sedang leka pindah petrol untuk seludup

Pemeriksaan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 menjumpai empat tong mengandungi diesel dan petrol di Pengkalan Haram Tualang, Simpangan, Pengkalan Kubor di Tumpat pada Ahad.
Pemeriksaan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 menjumpai empat tong mengandungi diesel dan petrol di Pengkalan Haram Tualang, Simpangan, Pengkalan Kubor di Tumpat pada Ahad.
A
A
A

TUMPAT - Seorang lelaki ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 ketika sedang leka memindahkan petrol dan diesel dipercayai untuk diseludup ke negara jiran di Pengkalan Kubor di sini pada Ahad.

Lelaki berusia 20 tahun ditahan dalam Ops Kontraban kira-kira jam 11 pagi.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, semasa rondaan bermotosikal di sekitar kawasan Pengkalan Haram Tualang, Simpangan, Pengkalan Kubor, pasukannya ternampak seorang lelaki sedang mengisi minyak ke dalam tong dari tangki minyak sebuah kenderaan jenis Pajero berwarna kelabu.

“Anggota menghampiri kenderaan tersebut dan menahan lelaki itu untuk tujuan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan menjumpai empat tong berisi 60 liter diesel bernilai RM129 dan 120 liter petrol bernilai RM246 yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran, Thailand,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, lelaki berkenaan ditahan dan barangan kes termasuk Pajero bernilai RM20,000 dirampas mengikut Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Artikel Berkaitan: