Israel sengaja sabotaj Palestin

Tarikh luput vaksin Pfizer-BioNTech yang diterima Palestin adalah pada Jun 2021. - Foto: Agensi
Tarikh luput vaksin Pfizer-BioNTech yang diterima Palestin adalah pada Jun 2021. - Foto: Agensi
A
A
A

RAMALLAH - Pihak Berkuasa Palestin (PA) membatalkan perjanjian penghantaran sejuta dos vaksin Pfizer-BioNTech ke Tebing Barat dan Genting Gaza selepas mendapati Israel seperti sengaja mensabotaj program vaksinasi Covid-19 di kedua-dua wilayah tersebut.

Menteri Kesihatan, Mai Alkaila berkata, keputusan itu dibuat selepas pemeriksaan dilakukan pegawai kesihatan di Ramallah ke atas penghantaran pertama kira-kira 90,000 dos vaksin pada Jumaat lalu.

“Mereka mendapati vaksin tersebut tidak mematuhi spesifikasi teknikal selain tarikh luputnya semakin hampir iaitu pada bulan Jun lebih awal daripada Julai-Ogos yang dipersetujui sebelum ini,” lapor agensi berita Wafa memetik kenyataannya.

Menurutnya, mereka kemudiannya mengemukakan perkara itu kepada Perdana Menteri, Muhammad Shtayyeh yang memutuskan untuk membatalkan perjanjian tersebut serta-merta.

Difahamkan, perjanjian yang dikecam pengguna media sosial itu dicapai ketika di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu selepas rejim Tel Aviv digesa untuk mengedarkan lebihan bekalan vaksin Covid-19 bagi memastikan penduduk Palestin turut menerima akses vaksinasi.

Pada awal Jumaat lalu, Israel mengesahkan ia akan menghantar kira-kira sejuta dos vaksin yang menghampiri tarikh luput kepada PA yang akan ditukar dengan jumlah sama untuk vaksin baharu.

“Pertukaran itu melibatkan kira-kira 1.4 juta dos pada September/Oktober depan,” ujar kenyataan bersama pejabat Perdana Menteri, Naftali Bennett, Kementerian Kesihatan dan Pertahanan.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan tarikh luput sebenar vaksin itu, namun COGAT yang mentadbir hal ehwal awam di wilayah Palestin memaklumkan sebanyak 100,000 dos sudah dipindahkan.

Artikel Berkaitan:

Rejim Tel Aviv juga cuba mempertahankan perbuatan sabotaj mereka apabila dengan menyatakan bekalan vaksin tersebut kononnya selamat untuk digunakan.

Ketika ini, Israel telah membuka semula wilayah itu setelah kira-kira 55 peratus populasinya sudah divaksin.

Sementara itu, kira-kira 30 peratus penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza yang mempunyai populasi 5.2 juta penduduk telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.- Agensi