Pandangan Abdul Hadi janggal, keliru

Kenyataan Media Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA), Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Ahad.
Kenyataan Media Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA), Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA), Parti Keadilan Rakyat (PKR), menyifatkan pandangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai janggal dan mengelirukan apabila memetik hadis yang lari daripada konteks yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Pengerusinya, Amidi Abdul Manan berkata, musuh yang jelas dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah mereka yang secara terang-terangan dan berulangkali memusuhi ALLAH SAW dan Rasul-Nya.

“Jika benar musuh yang dikatakan bersumberkan hadis berkenaan, maka musuh tersebut wajib diperangi dan nyawanya halal untuk dibunuh seperti layaknya peperangan ke atas golongan yang digelar sebagai kafir harbi dengan maksud yang sebenar.

“Kita boleh memahami, jika yang dimaksudkan adalah musuh politik parti Islam, tetapi bukan musuh Islam,” katanya dalam siaran Facebook rasmi PKR pada Ahad.

Pada Sabtu, Abdul Hadi dalam siaran di Facebooknya mendakwa sikap sebenar kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang melampau terhadap Islam dan kepimpinannya sewaktu memegang tampuk pemerintahan.

Mengulas lanjut, Amidi berkata, sekiranya fahaman sedemikian didokong, maka ia mirip kepada pemikiran melampau dan boleh menjejaskan keamanan negara.

“Jika tidak, ia hanya satu pandangan yang penuh dengan kekeliruan dan hanya bertujuan menakut-nakutkan dengan asas yang masih boleh dibahaskan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: