Covid-19: 22 kes varian baharu dikesan

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan penularan 23 kes varian baharu yang melibatkan Varian of Concern (VOC) Virus SARS-CoV-2 bermula 11 Jun sehingga 19 Jun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, survelan genomik itu merekodkan 14 kes varian Beta (B.1.351) dari Afrika Selatan dan lapan kes varian Delta (B.1.617.2) dari India.

“Kes baharu varian Beta telah dilaporkan masing-masing tiga kes di Selangor, Sabah dan Terengganu, dua kes di Kedah dan masing-masing satu kes di Perak, Johor dan Kelantan.

“Lapan kes baharu bagi varian Delta pula adalah masing-masing dua kes di Johor, Labuan dan Negeri Sembilan serta masing-masing satu kes di Perlis dan Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sehingga Sabtu, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 183 kes.

Mengulas lanjut, beliau berkata, daripada jumlah yang dikesan tersebut, 167 kes adalah VOC dan 16 kes adalah VOI.

"137 varian Beta direkodkan yang terdiri daripada kes jangkitan tempatan manakala 21 varian Delta pula meliputi 12 kes jangkitan import dan sembilan kes jangkitan tempatan serta sembilan varian Alpha yang melibatkan empat kes jangkitan tempatan dan lima kes import.

"VOI pula meliputi 12 kes varian Theta (P.3 atau dari Filipina) dan semuanya membabitkan penularan tempatan, manakala tiga kes varian Eta (B.1.525 atau dari United Kingdom) ialah kes jangkitan import.

Artikel Berkaitan:

"Hanya satu kes, iaitu jangkitan import ialah varian Kappa (B.1.617.1 atau dari India)," ujarnya.