Kebakaran Ladang Sibol B: Rangkaian komunikasi kini pulih

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Rangkaian komunikasi beberapa syarikat yang terjejas akibat insiden kebakaran menara komunikasi di Ladang Sibol B, Kota Tinggi pada 15 Jun lepas pulih sepenuhnya dua hari lebih awal daripada jadual.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan memaklumkan, kerja-kerja membaik pulih menara komunikasi milik syarikat telekomunikasi Maxis yang dikongsi bersama Celcom itu, berjaya disiapkan awal demi kepentingan pengguna.

"Oleh itu, pengguna setempat yang mengalami gangguan akibat kejadian tersebut kini dapat menikmati semula rangkaian komunikasi dan liputan Internet seperti sediakala.

"Pada masa sama, kita juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua penyedia perkhidmatan terlibat yang komited melaksanakan kerja-kerja baik pulih di menara komunikasi berkenaan," menurut SKMM pada Ahad.

Sebagai rekod, kebakaran pada jam 7.04 malam itu memusnahkan peralatan, bahagian kabin dan bekalan elektrik sehingga menjejaskan perkhidmatan dan gangguan liputan komunikasi di kawasan sekitar. - Bernama

Artikel Berkaitan: