X

Kindly register in order to view this article
!

PKR Sabah gesa akta anti lompat parti diperkenal

CHRISNADIA
A
A

KOTA KINABALU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menggesa supaya akta anti lompat diperkenalkan di peringkat negeri dan Persekutuan bagi mengelakkan wakil rakyat bertindak keluar parti.

Ketua Penerangan PKR Sabah, Chrisnadia Sinam berkata, akta itu juga dapat menjaga kestabilan politik dan mengembalikan kuasa rakyat memilih wakil secara demokrasi.

Dalam perkembangan lain, Chrisnadia yang juga Ketua Wanita Tuaran turut meminta agar cadangan kerjasama antara PKR dan parti tempatan serta nasional diperhalusi dengan mengambil kira suara akar umbi.

"Keterbukaan parti menjalankan kerjasama sama ada parti lokal dan nasional perlu diperhalusi dan mengambil kira suara rakyat. Jangan biarkan hala tuju perjuangan kita tergelincir dari landasan asal.

"Jangan persia-siakan perjuangan Reformasi 22 tahun kita," katanya dalam ucapan usul sempena Kongres Nasional Keadilan ke-15 yang diadakan secara maya pada Ahad.

Menurutnya, isu pengkhianatan menjadi iktibar dan pengajaran dan membawa suara rakyat untuk perhatian Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan pusat.

"Kami mohon automoni Sabah dan Sarawak dihormati seperti kami menghormati perlembagaan parti dan keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP)," katanya.

Sebelum itu, Chrisnadia turut membawa usul Pindaan Fasal 21.7 berhubung naib presiden diwakili seorang anggota bagi Sabah dan seorang anggota dari Sarawak yang sebelum ini hanya memperuntukkan seorang anggota dari kedua-dua negeri terbabit.

"Ini sejajar dengan tujuan dan matlamat PKR yang berasaskan prinsip keadilan memastikan kedudukan Sabah dan Sarawak sebahagian daripada pembuat keputusan dalam MPP dan menghormati kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian besar keluarga Malaysia.

"Kami mohon usul ini dapat diterima oleh Presiden dan MPP untuk dipertimbangkan," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!