Penunggang basikal 'gadai nyawa' demi minat

Penunggang basikal ditahan anggota trafik selepas menggunakan lebuhraya Latar baru-baru ini.
Penunggang basikal ditahan anggota trafik selepas menggunakan lebuhraya Latar baru-baru ini.
A
A
A

RAWANG - Seorang penunggang motosikal cedera parah setelah kenderaan yang ditungganginya merempuh dua buah basikal di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Lebuhraya Latar) menghala utara berhampiran dengan Ijok.

Itu antara laporan media membabitkan insiden kemalangan Februari lepas membabitkan penunggang basikal yang menggunakan lebuh raya.

Segelintir peminat aktiviti berbasikal tidak mengendahkan keselamatan diri apabila sanggup menggunakan laluan di sini sebagai trek laluan mereka.

Mereka berani menggunakan lebuh raya tersebut disebabkan jumlah kenderaan yang menggunakan laluan tersebut tidak sibuk.

Situasi tersebut bukan hanya mengundang bahaya kepada mereka malah turut berisiko kepada pengguna lebuhraya lain yang terpaksa mengelak dari melanggar penunggang basikal ini.

Hakikatnya, mereka boleh diambil tindakan saman oleh pihak polis sebanyak RM50 kerana larangan menunggang basikal di lebuh raya termaktub di bawah Seksyen 70 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Penunggang basikal yang dikesan menggunakan laluan lebuhraya.
Penunggang basikal yang dikesan menggunakan laluan lebuhraya.

Ketua Pegawai Operasi Latar, Ahmad Fuad Ahmad Shahimi berkata, amaran larangan tersebut telah dipasang di setiap persimpangan masuk Latar.

Artikel Berkaitan:

"Mereka hanya boleh menggunakan lebuh raya jika permohonan bagi acara berbasikal diluluskan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Kementerian Kerja Raya," katanya.

Katanya, Latar sentiasa meningkatkan kesedaran mengenai larangan tersebut termasuk pemantauan dan rondaan berkala.

"Statistik menunjukkan, sebanyak lima kejadian dilaporkan membabitkan kemalangan berbasikal pada 2017 dan empat kes pada tahun lepas.

"Kejadian tersebut bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan nyawa. Justeru kita mohon orang awam memberikan kerjasama bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya.

Notis larangan penggunaan basikal di lebuhraya.
Notis larangan penggunaan basikal di lebuhraya.