Rumah berhampiran stesen minyak terbakar

Sebuah rumah di Jalan Pegawai di sini musnah dalam kebakaran pada Ahad.
Sebuah rumah di Jalan Pegawai di sini musnah dalam kebakaran pada Ahad.
A
A
A

ALOR SETAR - Sebuah rumah dua tingkat yang terletak berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Pegawai di sini musnah dalam satu kebakaran dalam kejadian pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah menerima panggilan mengenai kebakaran itu itu pada jam 4.51 pagi.

Katanya, sepasukan 20 anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jalan Raja dan BBP Alor Setar kemudian dikejarkan ke lokasi kejaidan dan tiba lapan minit kemudian.

"Kerja-kerja pemadaman api ini turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berdekatan lokasi kejadian.

"Kerja-kerja memadamkan api berjaya dilakukan sepenuhnya pada jam jam 5.32 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, insiden kebakaran berkenaan mengakibatkan kemusnahan sebanyak 90 peratus daripada keseluruhan rumah kelas B itu yang terletak tidak sampai 100 meter daripada sebuah stesen minyak.

"Tiada mangsa yang cedera dalam kejadian ini," tambahnya.

Artikel Berkaitan: