Bayi 'ajaib' terselamat dari kekejaman bapa

Asmawati bersama cucu lelaki yang terselamat dari kekejaman bapanya. - Liputan 6
Asmawati bersama cucu lelaki yang terselamat dari kekejaman bapanya. - Liputan 6
A
A
A

BENGKULU - INDONESIA. Seorang suami bertindak kejam membunuh isterinya yang sarat mengandung sembilan bulan.

Suspek Alias Romi Che, 31, juga nekad membelah perut isterinya menggunakan sebilah parang untuk mengeluarkan anaknya di Kota Bengkulu.

Bayi lelaki seberat 2.9 kilogram itu sempat dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Prianggodo Bengkulu Heru Kunprasetyo, suspek berjaya ditangkap sejurus kejadian.

Katanya, suspek mengakui membunuh dan membelah perut isteri untuk menyelamatkan anaknya kemudian menyerahkan bayi berkenaan kepada jiran.

"Suspek mengaku telah meminjam sebilah parang dari jirannya dan disembunyikan di dalam bilik sebelum kejadian.

"Bagaimanapun motif kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Ketika ini, bayi itu berada dalam keadaan baik ditempatkan di inkubator di Hospital Bhayangkara.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, nenek, Asmawati, 55, menyifatkan bayi berkenaan sangat ajaib kerana masih hidup walaupun dalam tragedi berdarah. - Liputan 6