X

Kindly register in order to view this article
!

Bersatu Pahang berdiri teguh bersama kepimpinan Muhyiddin

Saifuddin Abdullah
A
A

KUANTAN - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Pahang, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sokongan penuh sebulat suara itu dicapai pada mesyuarat BPN di sini pada Ahad.

Menurutnya, Bersatu Pahang juga menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Presiden Bersatu itu.

"Kami tegaskan di sini bahawa BPN Bersatu Pahang akan terus bersama kepimpinan rakan-rakan komponen PN sama ada di peringkat Pusat dan juga negeri," katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Saifuddin berkata, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara terutama ketika negara sedang menghadapi cabaran pandemik Covid 19.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!